Tuesday 10 February 2015

Jenis-jenis Perayaan Di Negara Malaysia



PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa agama,makanan dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,cina india dan sebagainya

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik,seperti perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu.

Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit.


Disamping  itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.




HARI RAYA AIDIL FITRI

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1 Syawal itu ,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid atau surau.

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender masihi kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kelender Masihi pula mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh itu,tarikh hari raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih kurang 10 hingga 15 hari.

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara kita,sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan asasi di Negara.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi,umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini.Antara tradisi umat islam di Negara ini menjelang kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru untuk keluarga,menghias rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di hidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.


Pada Hari Raya AidilFitri juga,umat islam akan memyediakan berbagai-bagai juadah tradisional seperti lemang,ketupat,nasi hempet,dodol dan lain-lain.untuk tetamu yang dating berkunjung dan beraya di rumah mereka.Bagi kanak-kanak pula ,mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya.Amalan memberi duit raya adalah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita.   

Selain itu,pada hari raya juga umat Islam akan berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara-mara.


Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.




PERAYAAN  KAUM  CINA


Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”

Pakaian mereka pada perayaan tersebut ialah Samfu dan Cheongsam.Samfu membawa maksud 'baju dan seluar'.Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.


Manakala Cheongsam pula ialah pakaian yang dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.



PERAYAAN  KAUM  INDIA

Perayaan kaum India ini dipanggil “Deepavali”.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. 

Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.


Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.
Sambutan yang juga dipanggil “Kartikeya Thaipusam” yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai “Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha”. Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-nya





Perayaan di Sabah dan Sarawak

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi.

Perayaan  bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan  Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.


GAWAI DAYAK
Ia merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.  Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.

Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar.Hari pertama perayaan jatuh pada pada 31 hb Mei dan hari kedua pada satu hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan JUn dan dipanggil menggulung tikar.
Perayaan Pada Hari Gawai Dayak

Bila tibanya pagi 31hb Mei,orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau kebun terutamanya yang sedap masak sup dengan daging haiwan.Ikan,haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari  untuk lauk pauk sebelum gawai.

Nasi pulut "pansuh" (lemang) kan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk.Nasi pulut ini adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dikalangan komuniti itu yang menjamahnya.Nasi pulut juga digunakan membuat nasi manis dan tuak,sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membalaing tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang

Tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bunga yang cantik dan bewarna terang akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah.Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tiakar bembab,tikar rotan dan kulit kayu.Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pulut digantung di dinding sebagai pehiasan.Barangan kraft tangan yang lain seperti bakaul dan topi besar boleh juga digantung di dinding bilik.

Penutupan Gawai Dayak

Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil "Ngiling bidai" oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana ada makan minum setakat yang masih ada, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat sekurang-kurangnya dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Ruak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil "bidai" akan digulung untuk menandakan tutupnya perayaan Gawai Dayak.




PESTA KAAMATAN
Pesta keamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan Gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.